Sunday 27 February 2011

Peranan dan Fungsi Surau Darul Mukminin, Kampong Endah,Banting

DISEDIAKAN OLEH:
Faizatul Nazrah bt. Basirin
No. Matrik:2010461942
Kumpulan:BMD2Ac

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

PROGRAM:
Diploma pengurusan perniagaan

TARIKH HANTAR:
 01/03/2011



Isi kandungan

1.    Isi kandungan
2.    Abstrak
3.    Pendahuluan
4.    Pengertian surau
5.    Sejarah penubuhan
6.    Peranan
7.    Masalah
8.    Penyelesaian
9.    Penutup 
10.  Rujukan


ABSTRAK

Institusi surau atau masjid merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan islam. Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid terus berfungsi sebagaimana fungsi - fungsinya yang universal.Budaya yang menganggap surau hanya sebagai tempat menunaikan solat perlu dikikis dengan segera dan masyarakat perlu ditanam dengan semangat baru bagi mencari erti sebenar pembinaan sebuah surau. Usaha-usaha juga perlu dijalankan bagi menarik masyarakat Islam untuk mengunjungi surau-surau. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid di tuntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa.  Penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang mampu membentuk masyarakat yang berkualiti serta mampu mencapai kejayaan sebagaimana dikecapi kaum lain dan ia boleh dimulakan di masjid dan surau.


PENDAHULUAN
Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membangunkan masjid.Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya, Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda :

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
yang bermaksud:
“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari)
Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal dengan nama “Baitul Allah”.

Menyediakan diri untuk menjaga dan memelihara amalan yang akan dilakukan. Persediaan yang boleh dibuat ialah menyediakan jiwa dan kemahuan yang sungguh-sungguh. syukur dengan kurnianya saya kerana telah sempurnanya kerja kursus ctu151 ini semoga dapat di kongsi ilmu ini kepada rakan-rakan.



Surau
 Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.
Beduk yang dahulunya digunakan bagi memberitahu masuknya waktu solat.



SEJARAH PENUBUHAN

surau ini telah ditubuhkan pada tahun 1981.Surau  ini telah diberi nama “
surau darul mukminin”.Ahli kariah ini mempunyai ahli seramai 40 lelaki dan beberapa orang wanita. Bilangan ahli kariah ramai mengikut masa.Banyak kemudahan surau yang ada antaranya ialah kelas Agama rakyat untuk kanak-kanak,tandas dan bilik mandi dan bilik wuduk.Ilmu yang boleh dipelajarii ialah ilmu Fekah,Tauhid,Akhlak,Sirah dan lain-lain lagi.Ini merupakan langkah-langkah yang amat bijak sekali dan bernas kerana dapat melahirkan modal insan yang berguna disamping mewujudkan nilai-nilai murni serta mengingatkan tentang dunia dan akhirat.
Ahli-ahli badan surau mengadakan mesyuarat lebih kurang 2 bulan sekali bagi mencetuskan idea-idea baru untuk memantapkan lagi kedudukan surau dimata masyarakat serta membuat aktiviti yang berfaedah dengan menggunakan wang yang didermakan kepada surau.Mesyuarat Agong Tahunan turut diadakan setiap tahun bagi merapatkan sillaturrahim antara ahli-ahli kariah dengan masyarakat sekeliling.

 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SURAU DARUL MUKMININ, KAMPONG ENDAH

Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di surau di kampung saya seperti bilik air dan tandas. Selain itu terdapat juga 3 pili air, kolah untuk mengambil wuduk, stor tempat untuk menyimpan pelbagai barang kepunyaan surau ini dan terdapat juga gendang yang diperbuat daripada kulit lembu.

Selain itu, terdapat kemudahan – kemudahan di ruang solat seperti karpet, terdapat lebih kurang 25 helai sejadah, sederet kain pengadang wanita berwarna hijau, 2 kipas angin, 4 lampu, jam dinding dan jam penunjuk waktu solat, almari, dan hiasan dinding dengan pelbagai khalimah suci yang memuji kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang menghiasi ruang solat surau di kampung saya.

Terdapat pelbagai bahan bacaan seperti 10 Al-quran, 4 Al-quran terjemahan, 40 naskah yassin, pelbagai risalah serta buku yang tersusun dalam rak buku.

Kawasan surau ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga yang terdapat diatas tanah dan juga pasu bunga. Persekitaran surau sentiasa bersih dan terdapat tong sampah. Selain itu terdapat juga parking dihadapan surau disebelah kanannya. Terdapat juga kerusi panjang untuk berehat dan berbual yang terletak dihadapan surau, terdapat juga beranda untuk orang-orang tua duduk, berbincang dan berbual. Selain itu terdapat juga kemudahan seperti peralatan kenduri kendara iaitu kira-kira 400 pinggan mangkuk, 4 periuk, 20 meja makan, 2 khemah, 2 kawah, 300 cawan dan 100 kerusi.

 
AKTIVITI SURAU
Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun termasuklah menyambut Maulidur Rasul,10 Muharram(Hari Asyura),Israk Mikraj ,bergotong royong,memberi ceramah oleh pihak luar,qiamullail,mengadakan kelas Ta’mir dan pelbagai lagi.Setiap tahun para ahli kariah akan membuat majlis bacaan yasin bagi para pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Kebanyakan aktiviti melibatkan beberapa buah pertandingan seperti nasyid,berzanji,hafazan al-quran,taranum dan lain-lain lagi.Aktiviti seperti ini dapat membina keyakinan para pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai serta menambahkan ilmu agama seperti menghafaz ayat-ayat al-quran serta bertaranum.Pada setiap selepas maghrib ahad malam isnin diadakan kuliah fardu ain dan usuluddin ,manakala pada hari selasa malam rabu diadakan kuliah tajwid.Selain itu terdapat juga kuliah untuk kaum wanita pada setiap hari sabtu pagi pada pukul 9-11 pagi.
Pada setiap malam jumaat diadakan bacaan yasin selepas maghrib.

 
KEWANGAN
Pelbagi aktiviti telah diimplimentasikan di surau  ini,sumber kewangan datangnya dari hasil sewa peralatan masak dan makanan seperti cawan,pinggan,piring,khemah dan lain-lain lagi.Setiap bulan surau mendapat sumber kewangan yang mencukupi selain sumbangan orang ramai yang menderma setiap kali datang ke masjid bagi menunaikan solat

 
MASALAH
Surau darul mukminin  mempunyai  masalah. Ini kerana ia meliputi kawasan yang agak kecil dan sukar melakukan perbagai aktiviti. Ia dapat menampung hanya lebih kurang 50 orang jemaah sahaja..

CADANGAN :
Diharap di masa akan datang, pelbagai lagi aktiviti dapat dianjurkan oleh surau ini supaya dapat mengimarahkan lagi surau ini terutama aktiviti untuk golongan muda-mudi. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara seluruh penduduk setempat.

Selain itu diharap ada pihak yang dapat menyumbangkan bantuan dan juga peruntukan untuk surau ini agar ia dapat diperbesarkan untuk dapat menampung ramai lagi jemaah.


KESIMPULAN
Surau ini terdapat banyak keiistimewaan kerana ramai pelapis muda yang terdiri daripada kanak-kanak yang menunjukkan minat dalam setiap aktiviti surau.
Di samping itu,masyarakat juga boleh belajar dengan lebih mendalam tentang keagamaan yang dibantu oleh semua ahli badan-badan surau.Dengan harapan dan kepercayaan yang diletakkan untuk mengurus surau ini telah dilaksanakan dengan sempurna dengan bantuan semua pihak.Tanpa sokongan tidak mungkin surau ini akan berjalan dengan lancar.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berkenaan dengan usaha untuk memantapkan kemudahan surau ini serta menjalankan amanah yang diberi.




RUJUKAN
Penduduk kampung endah
Haslina binti saiman 
Imam surau darul mukminin
http://ahmadfadhli.wordpress.com/2009/06/30/instituti-masjid-dan-peranan-pendakwah-terhadapnya/